jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Seminar Lembaga Rayuan 2018

PLANMalaysia@Selangor akan menganjurkan SEMINAR LEMBAGA RAYUAN, tajuk kupasan adalah SATU MEKANISME CHECK & BALANCE DALAM SISTEM PERANCANGAN.

INTIPATI SEMINAR……

Seminar ini bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi perkongsian pengetahuan berkaitan isu-isu dan cabaran terkini pembangunan tanah dan perancangan bandar di Malaysia khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan ketelusan dalam sistem perancangan yang dilaksanakan melalui mekanisme lembaga rayuan.

Kandungan program akan menyentuh tentang prinsip-prinsip keterbukaan dan ketelusan dalam sistem perancangan, proses dan prosedur lembaga rayuan dan hak-hak pihak berkepentingan serta perkongsian pengalaman dan pelaksanaan Lembaga Rayuan di salah satu negeri.

SIAPA YANG PATUT HADIR…..

1. Pemaju-Pemaju projek pembangunan yang ingin mendalami bidang perancangan
2. Perunding-Perunding Profesional seperti perancang bandar, akitek, jurutera, juru ukur dan lain-lain
3. Pengamal Undang-undang yang terlibat dalam kes-kes lembaga rayuan
4. Pihak Berkuasa Tempatan
5. Pengerusi, Ahli dan Pendaftar Lembaga Rayuan di Negeri-Negeri
6. Agensi-Agensi Persekutuan dan Negeri yang terlibat dengan projek pembangunan
7. Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
8. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

KENAPA ANDA PERLU HADIR……

Seminar ini amat penting kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam memahami prinsip-prinsip asas lembaga rayuan, proses dan prosedur yang perlu dilalui, mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam perkongsiaan bagi dua buah negeri.

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2018
TEMPAt : HOTEL HOLIDAY INN GLENMARIE
SHAH ALAM, SELANGOR
MASA : 8.00 PAGI – 4.45 PETANG

Borang Penyertaan klik saya

Cetak Emel