jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN

KERAJAAN NEGERI SELANGOR dengan ini menjemput semua Warga Negeri Selangor untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Sungai Klang

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Semua rekacipta hendaklah asli dan bersifat dinamik dan korporat

2. Semua rekaan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Kerajaan Negeri Selangor dan boleh digunakan semula tanpa sebarang syarat

3. Rekacipta LOGO :-
      •  Pilihan warna tidak terhad
      •  Boleh direka secara ‘free hand’ atau menggunakan grafik computer
      •  Dihantar dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 dan ditampalkan
         di atas kertas tebal berukuran A3 dan juga di dalam ‘softcopy’
      •  Setiap rekacipta hendaklah disertakan dengan huraian maksud bagi setiap simbol atau warna yang digunakan

4. Mencipta SLOGAN :-
      •  Ringkas, paling menarik dan kreatif

5. Penyertaan adalah percuma.  Para peserta boleh menghantar hanya tiga (3) penyertaan sahaja ( bagi setiap kategori).

6. Setiap penyertaan perlu dinyatakan nama, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan e-mail (jika ada) yang boleh dihubungi.

7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.

8. Penyertaan dibuka daripada 13hb. Mac 2010 hingga 30hb. April 2010.

HADIAH

Pemenang utama ( bagi setiap kategori : Logo dan Slogan ) akan menerima wang tunai RM 500.00 dan dua (2) hadiah saguhati setiap satu bernilai RM 250.00
Penyertaan boleh dihantar melalui e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau kepada Urusetia Pertandingan :

URUSETIA PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO / SLOGAN SUNGAI KLANG

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan,
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40646 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel:  03-5511 6666  Sambungan:   5478  -  En. Nor-Din B. Abu Bakar
                                               :   5519  -  Pn. Azizah Bt. Ibrahim
Faks:  03-5511 3557

Pemenang pertandingan akan diumumkan di dalam website jabatan www.jpbdselangor.gov.my dan segala keputusan adalah muktamad.
 

Cetak Emel