jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Bandar Selamat

Jadual 1: Kemajuan Pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh 12 PBT Negeri Selangor Sehingga Tahun 2009

Bil. Pihak Berkuasa TempatanBil. Langkah Peratus (%)
 1. MB Shah Alam 23 100
 2. MB Petaling Jaya 23 100
 3. MP Klang 21 91.30
 4. MP Ampang Jaya 21 91.30
 5. MP Kajang 21 91.30
 6. MP Selayang 21 91.30
 7. MP Subang Jaya 21 95.65
 8. MP Sepang 21 91.30
 9. MD Kuala Langat 21 91.30
 10. MD Kuala Selangor 19 82.60
 11. MD Hulu Selangor 19 82.60
 12. MD Sabak Bernam 19 82.60

1.5.1 Daripada 38 bandar di Semenanjung Malaysia, MBPJ dan MBSA merupakan PBT yang telah melaksanakan kesemua  23 langkah Program Bandar Selamat selain Majlis Perbandaran Kuantan.

1.5.2 Bagi MPSJ, langkah yang masih belum dilaksanakan ialah ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping.

1.5.3 Bagi PBT bertaraf Majlis Perbandaran lain, 2 langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping serta penyediaan penggera keselamatan.

1.5.4 Bagi Majlis Daerah pula, antara langkah-langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping, penyediaan penggera keselamatan, penyediaan bollard, penyediaan papan tanda peringatan jenayah serta penyediaan cermin keselamatan di lokasi berkemungkinan berlakunya jenayah.


1.6 Pelaksanaan Program Bandar Selamat di PBT perlu dipertingkatkan berdasarkan kepada sasaran NKRA iaitu mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir tahun 2010.

1.7 Bagi mencapai sasaran NKRA, Kabinet telah mengarahkan melalui NKRA LAB agar semua PBT melaksanakan langkah-langkah berikut:

i. Mengaktifkan Program Bandar Selamat

ii. Mewujudkan Jawatankuasa Bandar Selamat

iii. Semua PBT perlu memantau indeks jenayah  setiap bulan melalui  Mesyuarat Majlis Penuh.

iv. 12 PBT perlu menyediakan ‘Crime-based Mapping sebelum Jun 2010. Enam (6) PBT di Negeri Selangor terlibat iaitu  MBSA, MBPJ, MPK, MPS, MPAJ dan MPSJ.

1.8 Mulai tahun 2010, format pelaporan pelaksanaan Program Bandar Selamat akan berdasarkan kepada kadar pengurangan jenayah, berbanding pelaksanaan jumlah langkah.

Cetak Emel