jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Kenali MurniNet

Pelaksanaan MURNInet yang dilaksanakan oleh JPBDSM adalah melibatkan bandar-bandar utama  dengan menggunapakai 38 indikator.

Majlis Bandaraya Shah Alam merupakan Projek Perintis Pelaksanaan Petunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) yang dijalankan oleh JPBD Semenanjung Malaysia sejak tahun 2004 hingga kini.

Negeri Selangor telah mengambil inisiatif melaksanakan MURNInet mulai tahun 2006 melalui Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaksanaan MURNInet Bagi Semua PBT yang telah diadakan pada 6 Julai 2006.

Bagi memantapkan indikator pelaksanaan MURNInet di Negeri Selangor, 2 bengkel telah diadakan iaitu pada 13 - 14 April 2006 dan 6 Julai 2006. Hasil daripada bengkel tersebut, 24 indikator telah ditambah berdasarkan kepada Program Bandar Selamat, Selangor Maju, Agenda 21 Pihak Berkuasa Tempatan dan Petunjuk Pencapaian Pihak Berkuasa Tempatan.

Kini, Negeri Selangor telah menerima pakai 62 indikator iaitu 38 indikator sediada dan penambahan 24 indikator baru merangkumi 11 sektor iaitu sektor demografi, perumahan, ekonomi, utiliti dan infrastruktur, kemudahan masyarakat dan rekreasi, alam sekitar, sosiologi dan impak sosial, gunatanah, pelancongan dan warisan, pengangkutan dan aksessibiliti serta pengurusan dan kewangan.

Status pencapaian kemampanan oleh 42 bandar di Semenanjung Malaysia adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1 : Status Kemampanan Kawasan PBT Tahun   2008 Bagi Pelaksanaan MURNInet JPBD Semenanjung Malaysia (Sumber : Urusetia Pembangunan Mampan, JPBD Negeri Selangor)

BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN STATUS KEMAMPANAN
 1. Shah Alam, Selangor  86.84 (Mampan)
 2. Melaka  85.09 (Mampan)
 3. Jelebu, Negeri Sembilan 84.21 (Mampan)
 4. Johor Bahru Tengah 83.33 (Mampan)
 5. Port Dickson 83.33 (Mampan)
 6. Langkawi, Kedah 83.33 (Mampan)
 7. Kemaman, Terengganu  82.46 (Mampan)
 8. Selama, Perak  81.16 (Mampan)
 9. Kota Kinabalu, Sabah  79.63 (Sederhana Mampan)
 10. Pengkalan Hulu, Perak  79.28 (Sederhana Mampan)
 11. Alor Gajah, Melaka  78.95 (Sederhana Mampan)
 12. Georgetown, Pulau Pinang  78.07 (Sederhana Mampan)
 13. Kuching Selatan, Sarawak 76.92 (Sederhana Mampan)
 14. Kluang, Johor 76.67 (Sederhana Mampan)
 15. Kuala Kangsar, Perak 76.58 (Sederhana Mampan)
 16. Sandakan, Sabah  76.58 (Sederhana Mampan)
 17. Grik, Perak 76.35 (Sederhana Mampan)
 18. Temerloh, Pahang 75.86 (Sederhana Mampan)
 19. Gua Musang, Kelantan 75.56 (Sederhana Mampan)
 20. Tanjong Malim, Perak 75.44 (Sederhana Mampan)
 21. Jasin, Melaka 75.44 (Sederhana Mampan)
 22. Nilai, Negeri Sembilan 75.44 (Sederhana Mampan)
 23. Kuching Utara, Sarawak 75.44 (Sederhana Mampan)
 24. Kuala Terengganu, Terengganu 75.21 (Sederhana Mampan)
 25. Batu Gajah, Perak 73.87 (Sederhana Mampan)
 26. Setiawan, Perak 73.68 (Sederhana Mampan)
 27. Bentong, Pahang 73.68 (Sederhana Mampan)
 28. Kota Bharu, Kelantan 72.92 (Sederhana Mampan)
 29. Kampar, Perak 72.81 (Sederhana Mampan)
 30. Lenggong, Perak 72.07 (Sederhana Mampan)
 31. Ipoh, Perak 71.93 (Sederhana Mampan)
 32. Parit Buntar, Perak 71.93 (Sederhana Mampan)
 33. Taiping, Perak 71.93 (Sederhana Mampan)
 34. Kuala Lipis, Pahang 71.54 (Sederhana Mampan)
 35. Tawau, Sabah 71.30 (Sederhana Mampan)
 36. Seri Iskandar, Perak 70.97 (Sederhana Mampan)
 37. Johor Bahru, Johor 70.83 (Sederhana Mampan)
 38. Miri, Sarawak 70.27 (Sederhana Mampan)
 39. Kulai, Johor 69.57 (Sederhana Mampan)
 40. Tumpat, Kelantan 69.33 (Sederhana Mampan)
 41. Sibu, Sarawak 69.30 (Sederhana Mampan)
 42. Machang, Kelantan 68.42 (Sederhana Mampan)

Mulai tahun 2008, pelaksanaan MURNInet Negeri Selangor dilaksanakan oleh PBT sendiri melalui laman web e-MURNInet Selangor dan diselaras oleh JPBD Negeri Selangor.
        
Status Kemampanan Bandar (MURNInet) PBT Negeri Selangor bagi tahun 2008 menunjukkan 11 PBT telah mencapai status mampan iaitu MBSA, MBPJ, MPK, MPKj, MPAJ, MPS, MPSJ, MPSepang, MDKS, MDKL dan MDSB di mana berada di tahap peratusan 80% ke atas. Hanya MDHS berada di tahap sederhana mampan iaitu 77.04%. ( Rujuk Jadual 1 dan Rajah 1)
Jadual 2 : Status Kemampanan Kawasan PBT Negeri Selangor Tahun 2008(Sumber : Urusetia Pembangunan Mampan, JPBD Negeri Selangor)

Bil.PIHAK BERKUASA TEMPATAN  STATUS
 1. Majlis Bandaraya Shah Alam Mampan (87.63%)
 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mampan (86.56%)
 3. Majlis Perbandaran Klang Mampan (81.42%)
 4. Majlis Perbandaran Kajang Mampan (81.67%)
 5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Mampan (82.51%)
 6. Majlis Perbandaran Selayang Mampan (81.42%)
 7. Majlis Perbandaran Subang Jaya Mampan (81.97%)
 8. Majlis Perbandaran Sepang Mampan (80.65%)
 9. Majlis Daerah Kuala Selangor  Mampan (82.51%)
 10. Majlis Daerah Kuala Langat Mampan (85.79%)
 11. Majlis Daerah Hulu Selangor Sederhana Mampan (77.04%)
 12. Majlis Daerah Sabak Bernam Mampan  (84.92%)

Rajah 1: Status Kemampanan Kawasan PBT Negeri Selangor Tahun 2008

 graph murninet

Cetak Emel