jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

MuniNet

PELAKSANAAN SISTEM PETUNJUK BANDAR MALAYSIA
( MURNInet ) DI NEGERI SELANGOR

 

PENGENALAN

MURNInet (Malaysian Urban Indicators Network) adalah satu aplikasi untuk mewujudkan pengkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur Kemampanan Bandar yang akan memberi gambaran pencapaian kualiti rupa bentuk fizikal bagi sesebuah bandar dan kawasan gabungannya secara berterusan.

KRONOLOGI

 

Mac 1997

 

JPBD Semenanjung Malaysia menyediakan Asas Rujukan bagi Indikator Perumahan dan Bandar

Feb 1999

 

Kajian Pembentukan Urban Indicators

April 2001

 

Laporan Petunjuk Bandar Malaysia telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pakar

Jun 2002

 

Projek Perintis ke atas 6 bandar iaitu Georgetown, Johor Bahru, Kuantan, Kuching, Pasir Mas dan Batu Pahat dimulakan

Julai 2004

 

Projek Perintis ke atas 8 bandar iaitu Kangar, Alor Setar, Ipoh, Melaka, Seremban, SHAH ALAM, Kuantan dan Kuala Terengganu diteruskan

Jan 2005

 

Pelaksanaan MURNInet bagi bandar-bandar utama (Ibu Negeri) yang terdiri dari 14 buah bandar di Malaysia (Kangar, Alor Setar, Georgetown, K.Terengganu, Kuantan, Ipoh, SHAH ALAM, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Kuala Lumpur)

Sept 2005

 

Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor bil. 2/2005 bertarikh 29 September 2005 yang dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan MURNInet di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor pada  tahun 2006

6 Jul 2006

 

Majlis Menandatangani Perjanjian dan Bengkel Pelaksanaan MURNInet bagi Semua PBT di Negeri Selangor

 

KEPENTINGAN PELAKSANAAN MURNInet

  • Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengenalpasti  dan dapat mengukur tahap masalah dan tahap kualiti bandar serta sektor-sektor yang kurang mampan dan mencadangkan bentuk yang seimbang bagi 11 sektor perancangan yang dikaji

  • Maklumat asas yang diperolehi dapat disimpan secara bersistematik dalam “Pengkalan Data’  dan boleh diguna serta diperbaiki dari masa ke semasa dengan mudah

  • Laporan Bandar (City Report) dapat dihasilkan bagi Pihak Berkuasa Tempatan. Laporan ini mengemukakan penemuan semasa dan tahap kemampanan mengikut sektor serta mengemukakan cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan kemampanan bandar secara keseluruhan

  • Pihak Berkuasa Tempatan akan mempunyai maklumat data asas petunjuk bandar Malaysia

  • Pelaksanaan MURNInet dapat membantu Pihak Berkuasa Negeri :-
  1. Menilai kemampanan bandar- bandar di Negeri Selangor.
  2. Mengenalpasti sektor-sektor yang kurang mampan dan perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Memberi cadangan - cadangan awal terhadap sektor yang ‘kurang mampan’.

Cetak Emel