jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM SECARA SERENTAK

RANCANGAN TEMPATAN (RT)

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang mengandungi PETA CADANGAN, PERYATAAN BERTULIS dan GAMBAR RAJAH yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan bagi mana-mana bahagian kawasan berdasarkan Seksyen 12, Akta Pernacangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

TUJUAN PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM

•    Memenuhi peruntukan Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172) bahawa sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk member cadangan dan mengemukakan bantahan.
•    Menggalakkan masyarakat untuk sama-sama terlibat dalam perancangan pembangunan masa depan kawasan mereka. Melalui pameran ini, diharap dapat menghasilkan pembangunan yang mencerminkan reputasi semua pihak khususnya penduduk tempatan.
•    Memberitahu pemilik tanah dan penduduk tempatan mengenai cadangan jenis pembangunan di lot masing-masing untuk tempoh perancangan sehingga tahun 2015.

KEGUNAAN RANCANGAN TEMPATAN KEPADA ANDA

Pihak Berkuasa Tempatan
Apabila Rancangan Tempatan diwartakan, ia akan diguna pakai oleh pihak Berkuasa Perancang Tempatan didalam melaksanakan perancangan pembangunan.

Pemaju
Cadangan-cadangan pembangunan yang terperinci serta garis panduan kawalan pembangunan membolehkan pihak pemaju melaksanakan perancangan pembangunan tanah.

Tuan Tanah
Peta Cadangan menerapkan cadangan-cadangan pembangunan guna tanah terperinci mengikut lot-lot tanah, denagn itu pihak tuan tanah dapat mengetahui kegunaan yang dirancangkan atas tanah pada masa hadapan.

Agensi Pelaksana
Memudahkan pihak agensi pelaksana menyusun program-program pembangunan dan mendaptkan peruntukan tahunan.

PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN (RT)

1.Peringkat Pertama
•Mobilisasi Draf Rancangan Tempatan

2.Peringkat Kedua
•Publisiti Awal Bagi Penyediaan Draf Rancangan Tempatan

3.Peringkat Ketiga
•Kajian Lapangan,Pengumpulan Maklumat & Penyediaan Laporan Teknikal Rancangan Tempatan

4.Peringkat Keempat
•Penyediaan Draf laporan Rancangan Tempatan

5.Peringkat Kelima
•Publisiti & Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan

6.Peringkat Keenam
•Pendengaran, Perbicaraan Dan Pertimbangan Terhadap Bantahan Awam. Jika Bantahann Atau Rayuan Diterima, Draf Rancangan Tempatan Diubahsuai.

7.Peringkat Ketujuh
•Pemberitahuan & Penyerahan Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN),Draf Rancangan Tempatan Untuk Kelulusan.

8.Peingkat Kelapan
•Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Menerimapakai Rancangan Tempatan 

PESANAN ANDA

PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa  1976 (Akta 172), Laporan Rancangan Tempatan dipamerkan kepada orang awam untuk diperiksa dan mendapat pandangan serta maklumbalas bermula 03 November 09 sehingga 02 Disember 09, dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja di Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Hulu Selangor. Orang awam jug ableh melayari laman web berikut:
www.townplan.gov.my
www.mpkj.gov.my
www.mpaj.gov.my
www.mps.gov.my
www.mdkl.gov.my
www.mdhs.gov.my

TATACARA PENGGUNAAN LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN

5 langkah mudah…..
1.Baca dan semak kandungan Laporan Draf Rancangan Tempatan yang boleh didapati ditempat-tempat pemeriksaan laporan yang telah ditetapkan.

2.Semak cadangan projek-projek pembangunan yang dikemukakan didalam setiap kawasan kajian.

3.Semak garispanduan pembangunan am dan khusus bagi setiap komponen cadangan yang dicadangkan.

4.Jika ada perkara yang ingin dipinda /bantahan /cadangan sila isi Borang Pandangan Awam yang boleh didapati ditempat-tempat pemeriksaan atau lawati www.townpla n.gov.my.

5.Hantarkan borang yang lengkap kepada Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor atau Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan.

Cetak Emel