jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PELAWAAN KHIDMAT PERUNDING BAGI PENYEDIAAN ‘VERIFIKASI’ GUNATANAH RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR

Jabatan ini akan menjalankan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor Pengubahan 2025 pada tahun 2010. Lanjutan dari itu, ‘verifikasi’ gunatanah akan dijalankan terlebih dahulu di peringkat mobilisasi kajian bagi mengemaskini dan memperincikan lagi maklumat gunatanah dalam kajian tersebut. Pemilihan dan perlantikan firma perunding adalah berdasarkan lantikan secara Cadangan Teknik  dan Kewangan (CTK) sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berkenaan adalah dipelawa untuk memberikan khidmat perundingan kepada penyediaan ‘Verifikasi’ Gunatanah Rancangan Struktur Negeri Selangor Pengubahan 2025. pihak tuan terlebih dahulu, dikehendaki mengemukakan satu cadangan khidmat perunding yang mengandungi keterangan mengenai latarbelakang firma, pendekatan kerja serta butiran lain bagi menyokongnya sebagaimana yang terkandung di dalam Format Kandungan Cadangan Teknikal dan Kewangan (rujuk Lampiran A dan B).

Dokumen sebutharga boleh dimuat turun melalui Sistem e-Tender Kerajaan Negeri Selangor dengan melayari laman web http://tender.selangor.gov.my.  Tarikh tutup pada 30hb September 2009.

Cetak Emel

  • Laman Utama
  • Berita
  • PELAWAAN KHIDMAT PERUNDING BAGI PENYEDIAAN ‘VERIFIKASI’ GUNATANAH RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR