jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Sebut Harga: Perkhidmatan Pembekalan Peralatan ICT

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan membuat pembelian komputer dan printer bagi menggantikan peralatan komputer yang hendak dilupuskan. Pemilihan dan perlantikan pembekal adalah berdasarkan lantikan secara Cadangan Teknikal dan Kewangan (CTK) sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehubungan itu, sesiapa yang berkenaan adalah dipelawa untuk membekal komputer dan printer kepada Jabatan ini. Pihak tuan terlebih dahulu dikehendaki mengemukakan satu cadangan teknikal dan kewangan yang mengandungi keterangan mengenai latarbelakang firma, cadangan kos dan jaminan pembekal serta borang sebutharga seperti di lampiran.  

Dokumen pelawaan perkhidmatan yang mengandungi spesifikasi komputer dan printer untuk rujukan pihak tuan boleh di muat turun melalui Sistem e-Tender Kerajaan Negeri Selangor dengan melayari laman web http://tender.selangor.gov.my.

Cetak Emel