jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PBT Disaran Segera Kutip Cukai

“Di Shah Alam sahaja kita dapati tunggakan hasil kutipan cukai pintu yang belum dijelaskan berjumlah lebih kurang RM11juta yang melibatkan 20 organisasi dan juga syarikat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.

Menurutnya antara organisasi  dan juga syarikat yang belum menjelaskan tunggakan hasil cukai pintu ialah Kompleks UMNO Shah Alam Seksyen  11, Zalco Holding Sdn Bhd, Kesatuan Pelajar  Melayu, Besi  Baga  Hardware(M) Sdn Bhd, MRCB Salborn  Corporation Sdn Bhd, Tahap Warisan Sdn Bhd, RHP-Astanaz Dev Sdn Bhd dan Ken Rimba Jaya Sdn Bhd.

Menurutnya lagi, selain kawasan Shah Alam, daerah lain juga turut menghadapi masalah yang sama dalam membuat kutipan tunggakan cukai.

“Kerajaan negeri akan memantau keseluruhan hasil kutipan di semua daerah supaya setiap  PBT mempunyai dana yang secukupnya untuk memberi  perkhidmatan  yang terbaik kepada penduduk tempatan,” katanya. – MURIZA ABDUL HAMID

Cetak Emel