jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Ahli Majlis PBT 2008/09 Rangkumi Semua Masyarakat

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata satu pembaharuan juga dibuat pada pemilihan kali ini di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen tidak dipilih sebagai ahli majlis.

"Kita telah memberitahu kepada ahli-ahli majlis yang dipilih ini supaya menjalankan tanggungjawab bersama untuk menentukan pentadbiran PBT dapat dibuat dengan cekap dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Majlis PBT Selangor 2008/2009 di Dewan Jubli Perak.

Katanya jumlah golongan wanita yang dilantik ke jawatan itu lebih besar berbanding lantikan lalu.

Turut menjadi ahli majlis ialah ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO), anggota profesional dan ahli parti politik.

Pada majlis itu ahli majlis yang dlilantik, membuat ikrar penerimaan jawatan dan menerima surat pelantikan masing-masing daripada Dato' Menteri Besar.

Abdul Khalid turut memberitahu dua calon menarik diri daripada jawatan itu.

Ketika ditanya pemberita adakah penarikan diri itu disebabkan mereka disingkir atau memiliki rekod jenayah, beliau menafikan perkara itu.

Beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan seorang calon Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terlibat dengan kesalahan jenayah dan beliau sendiri membuat keputusan menarik diri bagi membersihkan namanya.

Sementara itu, dua ahli majlis MPAJ yang sebelum ini dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah menafikan tuduhan ke atas mereka.

S.Sooria Narayanan berkata beliau tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Polis pasti ada rekod, kalau mereka hendak tahu boleh semak di balai polis," katanya yang sedia berkhidmat kepada masyarakat di seluruh Ampang.

Seorang lagi ahli majlis yang turut dikaitkan, S.Supiramany juga menafikan dakwaan itu.

"Saya pasti saya tidak ada kes jenayah sehingga kini. Saya juga tidak risau dan mereka boleh semak jika saya pernah terlibat," katanya. - NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel