jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Rice, Sugar, Milk Assistant for Seri Kembangan Resident

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dalam satu kenyataan media memberitahu, kaunter pendaftaran bagi penduduk di Dun itu akan dibuka pada hari ini, Sabtu dan esok 22 Jun dari pukul 2.00 hingga 6.00 petang.

Ia turut dibuka pada Selasa 24 Jun dari pukul 8.00 hingga 10.00 malam.

Ean yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berharap langkah itu dapat meringankan beban rakyat yang berpendapatan kurang RM1,500.

“Ia juga selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memberi bantuan kemasyarakatan agar meringankan beban kumpulan sasar ekoran harga beras dan petrol melambung tinggi,” katanya.

Pemohon diminta membawa salinan kad pengenalan dan penyata gaji. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tai Cheng Heng di talian 016-2123960 atau 03-89426381.

Semakan maklumat pemohon akan dibuat dan mereka yang layak mendapat bantuan akan ditentukan pusat berkenaan. – NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel