jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Talian Khas Bagi Banteras Kegiatan Curi Pasir

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata talian khas yang dipanggil Rakan Pasir itu akan mula beroperasi selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Menurutnya langkah memperkenalkan talian itu bagi memudahkan kerajaan negeri mengambil tindakan segera berhubung kegiatan itu dengan hasil maklumat orang ramai.

Sehubungan itu, pihaknya mengalu-alukan pengadu menyalurkan segera maklumat mengenai kegiatan curi pasir itu kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Sebarang aduan awam itu nanti akan terus dijawab oleh pihak PTG dan semua maklumat-maklumat itu akan terus dihantar ke daerah untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang media di PTG Selangor, di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Exco Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Shuhaimi Shafiei dan Philip Tan.

Sementara itu, Shuhaimi berkata kerajaan negeri kini sedang meneliti dan memperbaiki sistem yang ada bagi menangani isu curi pasir di negeri ini.

Katanya, sistem itu bakal diperkenalkan pada awal Julai nanti.

“Sistem yang akan diguna pakai ini akan menjadi satu standard kepada kerajaan negeri dan semua Pejabat Tanah Daerah,” katanya yang dipertanggungjawabkan memantau kegiatan itu.

Namun begitu beliau berkata ia masih dalam peringkat kajian akhir dan memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri.

Beliau menambah kerajaan negeri juga telah mengenal pasti tujuh kawasan ‘hangat’ di Selangor di mana aktiviti mencuri pasir di kawasan itu berleluasa walaupun dipantau oleh pihak penguatkuasa.

Antara kawasan terbabit menurutnya Bestari Jaya, Kuala Langat,  Rawang dan Puchong.

Tambahnya lagi kebanyakan pengusaha pasir yang terlibat dalam kegiatan itu kebanyakannya telah membuat permohonan kepada kerajaan negeri namun ia belum diluluskan.

Katanya, sementara menunggu proses tersebut pihaknya mendapati ada di kalangan pengusaha pasir tersebut telah memulakan pengeluaran pasir tanpa kebenaran.

“Kita bagi amaran kepada semua pengusaha-pengusaha pasir ini agar menghentikan segera perbuatan itu sebelum peralatan mereka dirampas,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri Selangor mengalami kerugian tidak kurang RM100 juta setahun dari kegiatan  curi pasir tersebut. – MURIZA ABDUL HAMID

Cetak Emel