jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Kata Putus Dicapai : Pengguna Nikmati Pemberian Air Percuma

Dato’ Menteri Besar berkata seperti yang dijanjikan kerajaan negeri, pemberian air percuma yang bermula 1 Jun lalu itu tetap dilaksanakan.

Menurut beliau pengguna juga akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma bermula 16 Jun ini.

Mereka yang menerima bil sebelum 16 Jun, akan menerima rebet bayaran untuk penggunaan 15 hari pertama bulan Jun di dalam bil bulan berikutnya.

Abdul Khalid berkata kos pembayaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) berikutan pemberian air percuma itu, akan dibiayai Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Saya pasti rakyat Selangor gembira dengan keputusan ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang ini.

Kata putus itu dicapai dalam perbincangan beliau dengan Presiden KDEB, Dato’ Abd Karim Munisar dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Dato’ Ruslan Hassan hari ini.

Pemberian air percuma sebelum ini menjadi persoalan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) pada 5 Jun mengeluarkan kenyataan yang bil air akan dikeluarkan seperti biasa kepada pengguna tanpa sebarang penurunan sehingga ada arahan bertulis daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Pada 9 Jun, Syabas yang telah menerima surat akujanji daripada KDEB membuat keputusan menolak dan tidak bersetuju dengan terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan oleh KDEB kepada Syabas.

Syabas tidak bersetuju dengan cadangan pembayaran bil-bil air yang diberikan percuma kepada pengguna hanya akan dibuat oleh KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap sepenuhnya pada September depan. – NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel