jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

(Syabas) hari ini menolak terma dan syarat

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya tidak berpuas hati dengan cadangan KDEB yang mahu supaya pembayaran bil air secara percuma kepada para pengguna negeri itu dilakukan selepas rancangan penstrukturan semula sistem bekalan air di negeri itu siap sepenuhnya pada September ini.

Menurut beliau, cadangan KDEB itu dilihat secara langsungnya akan menjejaskan aliran tunai serta operasi Syabas.

"Kita (Syabas) berpendapat pemberian air percuma yang dicadangkan oleh kerajaan negeri ini tiada kaitan dengan program penstrukturan semula bekalan air di Selangor. Oleh yang demikian, cadangan kita ialah untuk mengemukakan bil air percuma kepada pihak KDEB setiap hujung bulan dan anak syarikat kerajaan negeri itu perlu membayar kepada Syabas dalam tempoh 14 hari bermula tarikh kita serahkan tuntutan bil berkenaan. Kegagalan KDEB memenuhi syarat pembayaran ini akan menyebabkan Syabas terpaksa menghentikan program pem- berian air percuma ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah memberi jaminan bahawa rakyat Selangor akan menikmati kemudahan air percuma bagi 20 meter padu pertama bermula bulan ini seperti mana yang telah dijanjikan dalam manifesto pakatan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Namun, sehingga hari ini tiada sebarang pemberian air percuma dilaksanakan kepada rakyat di negeri itu sungguhpun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pihaknya telah berjaya menyelesaikan masalah berhubung program pemberian sumber air itu termasuklah rundingan dengan pihak Syabas sendiri.

Bagaimanapun, rundingan itu sebenarnya masih belum mencapai kata sepakat kerana Syabas tidak berpuas hati dengan cadangan KDEB yang disifatkan berat sebelah dan membebankan syarikat pengurusan bekalan air itu.

Dalam pada itu, Ruslan turut memberitahu, pihaknya hanya akan mengemukakan persetujuan mengenai program pemberian air percuma berkenaan sekiranya KDEB bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihaknya ataupun melalui akujanji lain yang dibuat oleh kerajaan negeri yang dirasakan lebih adil.

"Kita akan teruskan pengeluaran bil-bil seperti biasa tanpa pemotongan atau subsidi jika KDEB bersetuju dengan cadangan Syabas atau sehingga kita sendiri yang berpuas hati dengan akujanji yang dibuat oleh kerajaan negeri," ujarnya.

Cetak Emel