jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Dr A.Xavier Mahu Rakyat Bebas Daripada Kemiskinan

"Dengan tabung untuk anak-anak pekerja estet ini kita hendak bawa mereka keluar dari tempat yang ada sekarang kerana tempat itu tidak kondusif untuk belajar, memang ada masalah..." katanya.

Justeru katanya, kerajaan negeri bercadang mewujudkan tiga buah hostel di kawasan luar bandar, lengkap dengan kemudahan pembelajaran untuk anak-anak pekerja ladang.

"Kita bawa mereka keluar dan kita bagi mereka pelajaran, dengan itu kita akan kurangkan kemiskinan di Selangor dalam jangka masa panjang," katanya yang bercadang menjadikan Bukit Beruntung salah sebuah lokasi untuk hostel berkenaan.

Tambah beliau, buat permulaan program itu akan melibatkan 100 orang pelajar.

Beliau menjangkakan dalam tempoh satu tahun setengah ini program itu dapat dimulakan, dengan turut mensasarkan 30 peratus daripadanya terdiri daripada pelajar miskin.

Bela Nasib Pekerja Ladang

Dr A.Xavier berkata antara cara mengatasi masalah sosio ekonomi di kawasan ladang ialah memberikan tanah kepada pekerja ladang untuk membolehkan mereka memiliki rumah sendiri.

"Saya cadangkan pihak estet dapat berikan tanah kepada mereka. Apa salahnya kerana mereka sudah kerja 20 ke 30 tahun.

"Tetapi apabila mereka disuruh keluar dari estet bila ladang getah ditukar kepada kelapa sawit, akhirnya mereka jadi penghuni setinggan. Ini pastinya akan memberi satu kejutan budaya kepada mereka," katanya yang memberitahu terdapat 113 estet di negeri ini.

Kebajikan Ibu Tunggal dan Warga Emas

Bercakap mengenai soal kebajikan, Dr A.Xavier berkata beliau telah merangka beberapa program bagi membantu golongan kurang bernasib baik termasuklah ibu tunggal dan warga emas.

"Saya cadangkan kita dapat beri mikro kredit kepada golongan ibu tunggal di mana mereka boleh mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dekat dengan rumah mereka.

"Sekarang kita sedang berunding dengan dua syarikat swasta untuk membantu golongan ini," katanya.

Beliau berkata antara yang dicadangkan ialah menjahit pakaian yang disediakan dari kilang dan menternak ikan keli dalam kanvas.

Bagi warga emas pula, Dr A.Xavier bercadang memberikan subsidi kepada golongan yang mempunyai masalah katarak.

"Harga kanta yang mereka perlu bayar di hospital kerajaan dan swasta adalah antara RM1,300 hingga RM2,000.

"Jadi saya bercadang kita wujudkan satu tabung untuk beli kanta ini dan bagi kepada orang miskin dengan harga subsidi, mungkin hanya RM250 sahaja yang perlu mereka bayar," katanya.

Seminar Kemiskinan

Selain itu, beliau bekata pihaknya juga merancang untuk mengadakan seminar mengenai kemiskinan dengan mengumpulkan wakil daripada pihak kerajaan, universiti dan badan bukan kerajaan.

Katanya, ia bagi memberi gambaran yang lebih realistik mengenai tarif dan kadar kemiskinan yang sebenarnya.

"Dari situ kita boleh dapat gambaran yang lebih realistik dan bawa cadangan yang sesuai kepada kerajaan negeri untuk diketengahkan," tambahnya.

Beliau berkata proses itu mungkin mengambil masa.

"Proses ini akan ambil masa sebab ramai orang yang kadangkala tak berapa senang dengan perubahan atau pertukaran dan lebih seronok dengan keadaan yang ada," katanya.

Atasi Masalah Rakyat

Walaupun sibuk dengan tugas seharian sebagai Exco, Dr A.Xavier tetap dapat membahagikan masanya sebagai wakil rakyat di Seri Andalas.

Antara masalah yang akan diselesaikan beliau di kawasannya ialah kemiskinan, kebersihan dan banjir kilat.

"Begitu juga dengan masalah pengangkutan awam yang saya ingat kita akan dapat atasi," ujarnya yang turun padang setiap hari Jumaat.

Pakatan Rakyat sebagai satu kerajaan baru katanya, akan berusaha menyelesaikan aduan dan terbuka menerima cadangan daripada rakyat.

"Saya terbuka untuk menerima apa-apa cadangan sekiranya ia dapat membawa manfaat kepada rakyat," katanya. - NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel