jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Selangor Tingkat Promosi Pelancongan Dalam Negeri

"Sudah tentu sektor pelancongan juga terjejas, saya akan berbincang dengan wakil PBT di mana kita akan galakkan pelancongan dalam negeri dan rakyat boleh jimat minyak, tak perlu pergi jauh," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri kempen Go Green! di pusat beli belah One Utama dekat sini tengah hari tadi.

Beliau berkata kenaikan harga minyak sudah tentu memberi kesan kepada pelancong tempatan yang mungkin perlu berfikir banyak kali untuk melancong di luar Selangor.

Sementara itu dalam ucapan ringkasnya pada kempen itu, beliau menggesa orang ramai memulakan kempen 3R (reduce, reuse & recycle) di rumah.

"Mulakanlah (di rumah) dahulu dan pastinya akan jadi satu amalan berterusan," katanya.

Beliau juga berharap orang ramai dapat memberi sokongan kepada Jabatan Alam Sekitar dan badan-badan bukan kerajaan yang berusaha memelihara alam sekitar untuk masa depan yang lebih baik. - NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel