jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Projek Jejak Ilmuwan Dilaksanakan Julai

"Kita akan menjejaki mereka yang sebelum ini tidak dikenal pasti atau tidak dicungkil potensi mereka," katanya yang mahu mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuwan duniawi dan ukhrawi dalam satu persidangan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mahu golongan itu dihargai dan dinilai oleh masyarakat selain menjadikan mereka merasakan adanya keperluan untuk menyumbang kepada rakyat di negeri ini.

Tambahnya, ia juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu melahir dan memartabatkan para ilmuwan dalam merealisasikan Selangor sebagai hub ilmuwan dan pendidikan.

Menurut Dr Halimah, program itu nanti akan menonjolkan tokoh-tokoh ilmuwan yang berjaya dalam pelbagai bidang bagi dijadikan contoh kepada para pelajar.

"Kita mahu mempertemukan pelajar dengan tokoh cerdik pandai dari negeri ini supaya mereka dapat melihat 'role model' yang terbaik," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Ekspo Industri 2008 dan pelancaran Projek Jejak Ilmuwan, di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan kempen besar-besaran di seluruh Selangor supaya pemimpin-pemimpin masyarakat dapat mengenal pasti tokoh ilmuwan yang mungkin tidak dikenali khususnya bagi mereka yang sudah bersara di mana mereka ini tidak ada peluang untuk menyumbangkan ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka kepada masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berkata seluruh perpustakaan di negeri ini akan dijadikan sebagai pusat ilmu dan tarikan kepada masyarakat.

"Kita akan gunakan perpustakaan sebagai pusat aktiviti di mana kempen membaca dan kempen cintai ilmu serta ilmuwan akan kita gunakan untuk seluruh Selangor," katanya.- MURIZA ABDUL HAMID

Cetak Emel