jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

ICE Tawar Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan

Orang ramai khususnya graduan dan penganggur dijemput menghadiri Industri ICE di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor dekat sini yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Antara syarikat yang menyertai ICE ialah NSK Micro Precision, Airfilter Engineering, Vads Berhad, KLIA Training & Research Centre, Western Digital, Plus Expressway Berhad (PLUS), CNI Enterprise, Taylor's University College dan Masterskills College of Nursing & Health.

Sesi temuduga terbuka turut diadakan bagi calon yang layak mengisi kekosongan pekerjaan yang ditawarkan.

Antara kekosongan jawatan yang ditawarkan melibatkan bidang kejuruteraan, kewangan, jualan, pemasaran, teknologi maklumat, pentadbiran reka cipta dan teknologi maklumat.

Ekspo ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sementara itu, majlis perasmian ICE telah disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok dan Naib Canselor Unisel, Prof Dato' Dr Mohd Razali Agus. - MURIZA ABDUL HAMID

Cetak Emel