jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Selangor Tidak Promosi Islam Hadhari – Dr Hasan Ali

Beliau berkata Selangor adalah sebuah negeri Islam dan bukannya Islam Hadhari.

“Apa yang saya jawab dalam Dewan pada asasnya ialah tidak mempromosikan (Islam Hadhari) di masjid dan surau untuk acara-acara yang melibatkan Islam.

“Ulama besar dah cari dalam al-Quran dan hadis, tidak ada perkataan Islam Hadhari. Jadi pada saya ia rekaan semata-mata kerana Islam itu sendiri sudah lengkap dan tidak perlu ditambah,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Penjenamaan Semula Zakat KWSP di Wisma PKPS hari ini.

Dr Hasan berkata jika Hadhari yang dimaksudkan ialah tamadun, Islam sebenarnya sudah bertamadun lebih seribu tahun dengan kejayaan dalam sains dan teknologi, ilmu hisab dan seni bina.

“Ini bermakna ia mencabar asas Islam yang sememangnya sudah lengkap,” katanya.

Justeru paling rasional katanya, tumpuan diberikan kepada Islam yang diredhai Tuhan.

“Saya minta agar kita tidak buang masa tumpu pada Islam Hadhari yang entah mana latar belakang dan pengasasnya,” katanya.

Beliau berkata konsep Islam Hadhari tidak diterima umum memandangkan sejak diperkenalkan hampir enam tahun lalu, hanya Perdana Menteri sahaja yang sering bercakap mengenainya. - NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel