jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

LZS Galak Pencarum KWSP Bayar Zakat

Walaupun caruman yang dikeluarkan diserah terus kepada agensi atau pihak bank, zakat tetap dikenakan kepada pencarum dengan kadar 2.5 peratus.

Ia selaras dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Negeri Selangor pada 2003.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali menyambut baik penjenamaan semula zakat KWSP oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Kita akan teruskan ciri-ciri inovatif dan kreatif oleh LZS yang mencipta banyak produk baru  bagi menarik lebih ramai pembayar zakat,” katanya ketika melancarkan Penjenamaan Semula Zakat KWSP di Wisma PKPS, di sini tengah hari tadi.

Hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa dan Ketua Jabatan Dakwah dan Kutipan LZS, Adibah Abdul Wahab.

Dalam majlis sama, Dato' Dr Hasan turut menerima zakat daripada enam buah syarikat berjumlah RM623,136.37.

Pembayar zakat berkenaan ialah Bank Islam (M) Bhd yang menyerahkan zakat berjumlah RM300,000.00, Pos Malaysia Berhad (RM109,854.00), Etiqa Takaful (RM67,295.80), Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (RM66,106.00), Bank Simpanan Nasional (RM43,000.00), HNS Medical Supply (M) Sdn Bhd (RM20,706.45) dan Koperasi AIM Berhad (RM16,174.12). - NOOR ALLIA KASSIM

 

Cetak Emel