jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Kerajaan Negeri Nyatakan Pendirian Berhubung Isu Penghadang Jalan

Katanya, surat tersebut akan mengemukakan pendirian kerajaan negeri yang mahu laluan itu dibuka kepada orang ramai.

Ia akan diserahkan kepada menteri terbabit selewat-lewatnya esok bagi meminta campur tangan dalam penyelesaian isu berkenaan.

Tambahnya isu itu tidak membabitkan penduduk sebaliknya berpunca daripada perbalahan  antara dua syarikat, pemaju Bandar Mahkota Cheras, Narajaya Sdn Bhd dan pemegang konsesi lebuh raya itu, Grand Saga Sdn Bhd.

“Apa-apa pun keputusan mahkamah jalan ini akan terus dibuka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan meminta siasatan terhadap Grand Saga Sdn Bhd dibuat sama ada syarikat tersebut terlibat dalam mengupah samseng untuk menghadang laluan berkenaan.

Katanya, jika siasatan terbukti syarikat itu terbabit, pegawai termasuk pengarah syarikat  berkenaan  boleh dihadapkan ke mahkamah.

Dalam pada itu, Abdul Khalid meminta orang ramai supaya bersabar berhubung isu terbabit.

Katanya, kuasa kerajaan negeri terbatas berikutan persempadanan lebuh raya itu melibatkan kuasa pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di mana ianya di bawah pentadbiran kerajaan pusat. – MURIZA ABDUL HAMID

Cetak Emel