jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Abdul Khalid Dilantik Ahli Dewan Diraja Selangor

Dalam majlis sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Loth Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka.

Zauyah tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali menggantikan Dato’ Abdul Rahman Palil.

Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor, seorang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, seorang Pendaftar Kanan dan enam Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam – NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel