jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Persidangan DUN Ke-12 Disiar Secara Langsung

Turut disiarkan juga upacara pembukaan Penggal Pertama DUN ke-12 yang akan di sempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, esok, pada pukul 8.00 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata siaran langsung secara penstriman video itu membolehkan orang ramai khususnya rakyat Selangor menyaksikan sendiri perjalanan persidangan DUN.

Tambahnya dengan cara itu juga orang ramai boleh mengetahui perkara-perkara yang dibincangkan dan dibangkitkan dalam persidangan tersebut.

“Kita juga menawarkan pandangan melalui web tersebut dan orang awam boleh mengemukakan pandangan sepanjang persidangan empat hari itu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) dekat sini tengahari ini.

Menurut beliau, sistem yang pertama kali dibuat sempena persidangan DUN ini membolehkan rakyat mengutarakan apa sahaja pandangan atau komen.

“Ia membuktikan sejauh mana kebolehan wakil rakyat dan juga kerajaan negeri yang baru (Pakatan Rakyat) bagi menjawab persoalan ataupun memberi pandangan dalam menangani dan memimpin negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, dengan adanya siaran langsung itu semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lebih bersedia dalam menjawab soalan semasa sidang dijalankan.

“Di sini kita boleh nilai sama ada mereka ini bekerja atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Rodziah berkata persidangan DUN Selangor merupakan satu-satunya yang menggunakan instant message (IM) di mana interaksi antara Exco dan ketua-ketua jabatan dalam menjawab soalan-soalan bertulis ataupun verbal daripada mana-mana pihak dalam sidang tersebut dilaksanakan secara sistematik.

“Kita interaktif antara satu sama lain secara maya bagi mendapatkan maklumat dan jawapan,” katanya.

Pada tahun lalu, pembentangan Belanjawan 2008 turut disiarkan secara langsung yang juga pertama seumpamanya dalam mana-mana persidangan DUN. – MURIZA ABDUL HAMID

Cetak Emel