jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Buat Permulaan Bantuan Pelajaran RM1,000 Bagi Keluarga Miskin

"Kita mula dan fokuskan kepada keluarga miskin yang berpendapatan kurang daripada RM1,500," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini pagi tadi.

Beliau berkata pemberian bantuan itu sejajar dengan manifesto Pakatan Rakyat bagi pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Jelas beliau perkara itu telah dibincangkan dan Exco yang terbabit akan menyediakan tata cara memberi bantuan bagi pelajar yang layak untuk memulakan sesi pengajian di peringkat universiti.

Tambahnya lagi, pemberian bantuan itu juga melibatkan semua kaum Melayu, Cina dan India di negeri ini.

"Kita telah mengarahkan pengarah kewangan negeri untuk membuat bajet untuk memberi sumbangan kepada mereka-mereka yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya.

Menurutnya lagi, bantuan itu akan dibuat melalui pejabat daerah ataupun wakil Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tahun depan boleh jadi kita akan memikirkan cara-cara yang lebih menyeluruh berhubung perkara ini," katanya.

Terdahulu sempena Hari Guru 2008, Tan Sri Khalid menyampaikan anugerah kepada Tokoh Guru dan guru cemerlang pada majlis itu.

Tokoh Guru Lelaki disandang Ismail Ibrahim manakala Jama'aiah Boyok dinobatkan Tokoh Guru Wanita. - MURIZA ABDUL HAMID

Cetak Emel