jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

LZS Taja 20 Pelajar Asnaf Miskin Lanjut Pelajaran di TOC

“Kita cuba manfaatkan anak-anak ini walaupun dari segi akademik mereka tidak boleh pergi lebih tinggi, kita akan pastikan mereka mampu pergi lebih jauh dalam bidang kemahiran…kompetensinya akhirnya sama macam bidang akademik,” kata Eksekutif Kanan Jabatan Agihan LZS, Abdul Malek Awang Besar kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu di Bangunan Sultan Idris Shah dekat sini petang ini.

Menurut beliau, bantuan berbentuk dermasiswa kepada penuntut berumur 18 hingga 20 tahun itu bertujuan menampung keperluan yuran pengajian, makan minum, pengangkutan dan penginapan.

Pemilihan TOC adalah berdasarkan pengalamannya melahirkan pelajar mahir dalam bidang automatif.

Sementara itu, Abd Rauf Abd Rahman, jurulatih program di TOC yang turut hadir tidak menolak kemungkinan pelajar berkenaan bakal ditawarkan pekerjaan selepas tamat kursus bergantung kepada pencapaian mereka di kolej itu.

Katanya, TOC sendiri mempunyai beberapa rakan industri antaranya pusat servis Toyota, Hup Seng Star Sdn Bhd, Proton Edar, USF Hicom, Euromobile dan Cycle and Carriage.

LZS turut membiayai seramai 90 orang pelajar anak fakir miskin di Kolej INPENS dengan bantuan sebanyak RM5,000 seorang bagi tempoh enam bulan tahun ini. - NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel