jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Tukar Meter Air Pukal Bolehkan Penghuni Pangsapuri Nikmati Air Percuma

“Saya menggalakkan rakyat menerima air percuma ini kerana kita rasa dalam keadaan ekonomi sekarang ini (ia) adalah perlu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), petang tadi.

Ketika mengulas pandangan yang mengatakan Selangor merasuah rakyat dengan pemberian air percuma, beliau berkata mana-mana pihak yang tidak mahu menerima pemberian itu dicadangkan memberi nama mereka.

“Kita tahu siapa yang tidak hendak air percuma… (akan menerima) bil seperti dulu dan lebihan duit itu kita hendak salurkan kepada mereka yang memerlukan terutama sekolah agama rakyat, sekolah tamil, sekolah cina dan apa-apa juga diperlukan,” katanya.

Jelas beliau, pemberian air percuma itu adalah antara usaha Pakatan Rakyat untuk memberi semula kepada rakyat pendapatan lebihan kerajaan negeri. – NOOR ALLIA KASSIM.

Cetak Emel

  • Laman Utama
  • Berita
  • Tukar Meter Air Pukal Bolehkan Penghuni Pangsapuri Nikmati Air Percuma