jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Tempoh Seminggu Bagi Capai Kata Putus Berkenaan Isu Tembok Penghadang

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pihak Grand Saga Sdn Bhd, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Narajaya Sdn Bhd.

Nik Nazmi berkata Dato’ Menteri Besar juga telah meminta semua pihak bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan di luar undang-undang.
 
“Dalam tempoh tersebut, mereka akan meneruskan proses rundingan dan tidak ada sebarang pengumuman sehingga tamat seminggu ini,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya tiada kata putus dicapai, Tan Sri Abdul Khalid akan membuat pengumuman mengenai keputusan yang akan diambil kerajaan negeri bagi mengatasi masalah itu.

“Memandangkan semua pihak ada kepentingan dalam isu ini, peluang masih diberikan kepada semua termasuk Grand Saga untuk mempertahankan hak mereka dan sebagainya,” kata Nik Nazmi.

Isu berkenaan timbul apabila tembok konkrit yang dibina bagi menghalang kemasukan terus trafik dari Bandar Mahkota Cheras ke Persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Raya Cheras-Kajang dipecahkan, dipercayai dilakukan penduduk setempat. – NOOR ALLIA KASSIM

Cetak Emel

  • Laman Utama
  • Berita
  • Tempoh Seminggu Bagi Capai Kata Putus Berkenaan Isu Tembok Penghadang