jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Pengurangan Denda Lewat Bayar Cukai Pintu

Pengumuman berkenaan dibuat Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dekat sini pagi tadi.
 
Mengulas mengenainya dalam sidang media selepas itu, beliau berkata pengurangan sebanyak 70 peratus itu diberi sehingga 30 Jun ini.
 
Dalam tempoh itu juga, mereka yang lewat membuat bayaran cukai pintu bagi bulan Januari dan Februari tahun ini dikecualikan daripada membayar denda.
 
Tan Sri Abdul Khalid berkata walaupun langkah itu mengurangkan perolehan kerajaan negeri, ia menjadi satu galakan kepada pembayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka.
 
“Saya tahu ia akan mengurangkan dana kita, tapi kita berharap dengan cara pembayaran yang cepat kita akan dapat kumpulan wang itu untuk digunakan memberi perkhidmatan kepada pejabat daerah atau majlis perbandaran,” katanya.
 
Beliau berkata wang berkenaan juga boleh digunakan bagi menjalankan program kebersihan dan meningkatkan prasarana.

Ditanya kemungkinan kerajaan negeri akan menurunkan bayaran cukai pintu pada masa depan beliau berkata perkara itu belum dapat dibuat.
 
“Kita belum dapat menurunkan cukai pintu sebab pembangunan ekonomi belum sampai tahap yang ingin kita majukan dan kita juga tengok banyak projek-projek perumahan yang akan berterusan.
 
“…jadi kita akan fikirkan kemudian, sebab saya tak nak bajet kita tidak cukup untuk menolong mereka (rakyat),” katanya.
 
Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid dalam ucapannya pada majlis perhimpunan itu mahu Bahasa Melayu digunakan dengan betul dalam penulisan pelbagai bentuk dokumen pejabat.

Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).- NOOR ALLIA KASSIM
 
Image
Tan Sri Abdul Khalid menerima cenderamata daripada Yang Dipertua MPSJ,
Dato' Adnan Md Ikshan sambil diperhatikan Setiausaha Kerajaan Negeri,
Dato' Ramli Mahmud. Foto AHMAD FADHLI YAHYA
 
 

Cetak Emel