jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Belum Ada Hasrat Beli Syabas

“Kita hanya membuat kenyataan yang kita menulis kepada Syabas dan Puncak Niaga dalam usaha untuk melaksanakan air percuma, yang lain tak ada,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Ketiga, di Stadium Malawati dekat sini pagi tadi.
 
Tambahnya lagi, kerajaan negeri memang sentiasa membuat kajian jangka pendek dan jangka panjang mengenai cara terbaik yang boleh memberi faedah kepada pengguna air di Selangor.
 
Berhubung anggaran bayaran kira-kira RM4 juta sebulan yang perlu dibayar kepada Syabas untuk bekalan 20 meter padu air percuma itu, beliau berkata belum ada kira-kira yang tepat mengenainya.
 
Kerajaan negeri juga katanya akan melihat bagaimana cara yang dapat dilakukan bagi menyalurkan air bersih kepada pengguna. – MURIZA ABDUL HAMID 
 
Image
 Tan Sri Abdul Khalid sempat melayani dua kanak-kanak yang turut sama
berada di Stadium Malawati. Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Cetak Emel