jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Kajian Menyeluruh Tingkatkan Pendapatan Pekerja dan Belia

“Kita akan meminta majikan memberitahu kita bagaimana kita dapat meningkatkan pendapatan mereka ke tahap melebihi RM1,500,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2008 di Dataran Kemerdekaan dekat sini.
 
Program itu adalah anjuran bersama kerajaan negeri dan Majlis Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
 
Turut hadir, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan Setiausaha Agung MTUC, G.Rajasekaran.
 
Menurut beliau apa yang penting ialah golongan pekerja dan belia mempunyai kemahiran dan nilai tambah yang membolehkan mereka bersaing dalam arena globalisasi.
 
“Majikan mengatakan mereka (pekerja) kurang kemahiran. Jadi kerajaan Selangor dan majikan akan membuat program latihan untuk mereka.

“Dengan cara ini kita menyambut kehendak majikan yang inginkan produktiviti dan kemahiran dan (dalam masa sama) kita juga menyokong keinginan pekerja untuk mendapat gaji atau pendapatan sesuai untuk menampung sara hidup keluarga,” katanya.
 
Tambah beliau, mungkin ada yang akan mengatakan kita tidak akan boleh bersaing dalam sektor industri jika tidak dengan sokongan tenaga kerja asing yang menerima gaji lebih murah.
 
“Ada (negara) yang ekonominya sama besarnya dengan Malaysia seperti Australia. Untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja, dia mempertingkatkan kualiti pekerja mahir dan dapat membayar gaji yang tinggi kepada pekerjanya,” katanya.

Ia juga katanya menjadikan jurang pendapatan antara pekerja profesional dengan pekerja mahir tidaklah besar.
 
Beliau berharap kerjasama dapat dibuat dengan MTUC dan majikan bagi memberi latihan serta meneliti rancangan pembangunan pekerja di negeri ini.
 
Menyentuh mengenai pembangunan golongan belia, beliau berkata sebuah pusat latihan kemahiran di Kuala Selangor akan menyediakan latihan kemahiran tambahan bagi golongan itu.
 
Katanya, dengan kemahiran yang dimiliki, mereka mampu pergi jauh dengan tawaran gaji yang lumayan.
 
“Kita hendak membawa golongan pekerja kita ke satu tahap keupayaan yang tinggi, tetapi ia sedikit mengambil masa.
 
“Hanya 20 peratus daripada komuniti kita yang menjurus dalam pendidikan tinggi yang melahirkan arkitek, jurutera dan sebagainya…tetapi 80 peratus lagi adalah kumpulan yang berdepan persaingan dengan pekerja asing. Jadi kita harus memberi keseimbangan antara keduanya,” katanya. – NOOR ALLIA KASSIM 
 

Cetak Emel