jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Selangor Kaji Cadangan Cuti Bersalin Selama 90 Hari

Program itu dianjurkan bersama kerajaan negeri dan Majlis Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Hadir sama, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan Setiausaha Agung MTUC, G.Rajasekaran.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga menyedari ramai pekerja mengalami kesukaran khasnya yang masih lagi memperolehi pendapatan kurang RM1,500. 

“Pelbagai faktor harus diambil kira, sama ada sikap majikan yang ingin mengaut keuntungan yang luar biasa sehingga meminggirkan nasib pekerja ataupun faktor kemahiran pekerja kita,” katanya.

Tambah beliau, sebagai menghargai sumbangan dan jasa pekerja dan pemimpin pekerja, kerajaan negeri sedang mengkaji cadangan menamakan sebuah jalan yang sesuai di negeri ini sempena nama mendiang V.David, mantan Setiausaha MTUC.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri juga dalam proses melaksanakan janji-janji pilihan raya. Antaranya pengguna air individu akan mendapat bekalan 20 meter padu percuma bermula 1 Jun ini bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat. – NOOR ALLIA KASSIM 

Image 

Tan Sri Abdul Khalid bersalaman dengan wakil pekerja yang berhimpun sempena
sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Dataran Kemerdekaan.
Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Cetak Emel