jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Jihad Memerangi Rasuah di semua agensi kerajaan

Kata, penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah yang diperkenalkan baru-baru ini bukan sahaja dilihat sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan integriti sektor awam, malah ia harus disambut dengan komitmen yang tinggi daripada semua peringkat sektor tersebut.
 
Menurutnya, kerajaan akan melancarkan kempen Jihad Memerangi Rasuah secara besar-besaran yang akan melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang bakal ditempatkan di jabatan tertentu.
 
"Pendekatan ini pernah saya lakukan pada tahun 1996, dan saya berpendapat adalah wajar sekiranya pendekatan ini dikembalikan semula selaras dengan usaha Perdana Menteri kerana penularan masalah itu melibatkan jabatan kerajaan," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Show Village Timur di Bandar Enstek dekat sini yang turut dihadiri Pengerusi Tabung Haji Properties Sdn. Bhd., Datuk Azizan Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Properties Sdn. Bhd., Zaharuddin Saidon.
 
Ahmad Zahid berkata, sekiranya pendekatan itu tidak dilaksanakan, sistem sosial di negara ini bakal menjadi 'anai-anai' yang bukan sahaja merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan di peringkat sektor awam, malah penularan tersebut akan berterusan di peringkat sektor swasta.
 
Beliau menambah, pendekatan tersebut akan dilaksanakan melalui ceramah dan penerangan agensi kerajaan di samping media yang memainkan peranan dalam memberi penekanan mengenai masalah berkenaan di semua peringkat jabatan.
 
"Saya bimbang sekiranya pendekatan ini tidak dilaksanakan dalam membanteras masalah rasuah, gejala itu akan menjadi anai-anai kepada sistem sosial di negara kita dan menjejaskan usaha penambahbaikan integriti dalam semua sektor,'' katanya.
 
Kerajaan, ujarnya, akan bekerjasama dengan Jakim dan Yadim bagi melaksanakan program dan kempen dalam usaha membanteras rasuah melalui ceramah dan penglibatan media. 

Cetak Emel