jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Sentral: Syabas bertemu pengguna

 
Benarlah kata sesetengah orang, lebih baik tiada bekalan elektrik daripada terputusnya bekalan air. Kerana itu air yang meliputi komposisi hampir 70 peratus muka bumi ini dianggap begitu penting bagi setiap orang melaksanakan tugasan mereka seperti membasuh, memasak dan sebagai salah satu sumber mencantikkan kulit.
 
Namun, bagaimanakah pula kualiti air yang dibekal, diterima dan digunakan oleh kita setiap hari itu? Adakah ia bersih, selamat, terjamin serta sudah mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?
 
Menyedari hakikat itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengadakan aktiviti turun padang bertemu penduduk di SS7, Kelana Jaya di sini, baru-baru ini, bertujuan meningkatkan tahap kualiti dan mutu air di kawasan berkenaan.
 
Dipanggil Program Peningkatan Kualiti Air Syabas, aktiviti itu adalah sebahagian daripada kempen kesedaran pengguna yang dijalankan Syabas bagi memantau dan membuat penilaian terhadap kualiti air dalam usaha menjamin kualiti air yang dibekalkan sentiasa bersih dan selamat digunakan. 

Cetak Emel