jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Panduan baru bangun tanah tinggi

Menurut beliau, kawasan tanah tinggi yang dibangunkan tanpa perancangan ibarat 'kawasan hitam' yang terdedah kepada mala petaka seperti tanah runtuh. atanya, setakat ini, beliau telah menerima aduan orang ramai yang bimbang terhadap dua projek pembangunan di kawasan tanah tinggi di negeri Selangor. Justeru, kami telah mengarahkan pemaju perumahan terbabit agar memberhentikan kerja buat sementara waktu. Kami akan meninjau Bukit Antarabangsa bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk mengumpulkan maklumat berkaitan sebelum membuat keputusan akhir,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini, baru-baru ini. rojek terbabit merangkumi 194 unit banglo dan 410 unit pejabat serta lot kedai dalam bangunan 10 tingkat di Taman Hijau. urut terlibat ialah pembinaan 21 unit banglo di Jalan Kelab Ukay 5. onnie Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran menegaskan, kerajaan negeri bukan membatalkan projek tersebut tetapi memperlahankan perlaksanaannya. atanya, pemaju kawasan tersebut cuma memperoleh kelulusan pada 10 dan 18 Mac lalu. Projek di Jalan Kelab Ukay 5 diluluskan terlebih dahulu pada 10 Mac sementara projek di Taman Hijau pula mendapat kelulusan pada 18 Mac. Kami juga ingin tahu kenapa ia (projek) diluluskan sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-12,'' katanya. ementara itu, Ronnie Liu memberitahu, beliau akan melawat semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk berkenalan dengan kakitangan dan ahli majlis sebelum memikirkan cara-cara meningkatkan prestasi setiap PBT.

Cetak Emel