jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Projek Di Kawasan Tanah Tinggi Tidak Diteruskan

Menurut beliau, kerajaan negeri mendapati banyak lagi kawasan yang sesuai yang boleh dibangunkan dengan projek perumahan dan adalah lebih penting kehijauan Selangor dipelihara. Bagaimanapun kata beliau, 141 projek yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini tidak akan dibatalkan dan akan dipantau. “Ini kita tidak boleh tahan (projek) sebab kelulusan telah diberi oleh negeri walaupun kita katakan kita adalah satu (pasukan) exco yang baru…untuk kita ialah menjaganya supaya tidak akan menjadi kerosakan atau beberapa perkara yang tidak menguntungkan untuk pembangunan negeri Selangor,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) petang ini. Beliau juga telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu membuat pertemuan dengan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan projek berkenaan dijalankan mengikut peraturan. “Kita juga telah minta beliau (Liu) memanggil ahli majlis  tempatan yang berkenaan dan juga mereka yang membuat bangkangan terhadap pembangunan di tempat tersebut untuk menyelesaikan masalah-masalah dan kekhuatiran penduduk,” katanya. Sementara itu mengulas mengenai projek perumahan terbengkalai, beliau berkata pihaknya bercadang melakukan pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Ong Ka Chuan bagi mencari jalan penyelesaian. Menurut beliau, ramai pembeli rumah yang datang mengutarakan masalah itu meminta bantuan daripada kerajaan negeri. “Walaupun kita akan memberi sokongan terhadap perkara ini tapi pada dasarnya ia akan dapat diselesaikan hanya apabila kita dapat sokongan dan kerjasama dengan kementerian,” katanya. Jelas beliau, usaha itu juga adalah bagi memenuhi janji yang dibuat kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.

Cetak Emel