jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Cadang Temui BPR Minggu Depan

“Kita mahu menjemput BPR bagi memberikan penerangan bagaimana cara kita membuat penyelidikan, bagaimana memberi data-data dan kenyataan kepada BPR supaya tindakan yang sesuai boleh dilakukan,” kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata pihaknya juga sudah diberikan taklimat oleh Ketua Polis Negeri mengenai usaha-usaha yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah dan menjaga keharmonian negeri. Antara yang dibincangkan ialah masalah kekurangan anggota polis dan hubungan antara pegawai yang menjalankan perkhidmatan untuk negeri yang menerima gaji daripada kerajaan pusat. “Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri melalui saluran yang rasmi, supaya kami dapat berjumpa dengan Perdana Menteri bagi mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), petang tadi.

Cetak Emel