jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Pelaksanaan CAR Disasarkan Selesai Dalam 100 Hari

Menurut beliau, pihaknya akan menyediakan laluan alternatif baru bagi mengatasi masalah yang timbul antara penduduk yang tidak mahu projek berkenaan dilaksanakan di kawasan mereka.
Tambahnya, jika mengikut laluan asal 53 buah rumah terpaksa dirobohkan bagi menjayakan perlaksanaan projek berkenaan.
“Kita tidak mahu pecahkan rumah sesiapa,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, petang tadi. Menurutnya lagi, pihaknya telah mendapat sokongan Dato’ Menteri Besar dan berjanji akan cuba menyelesaikan hal itu dalam masa 100 hari pertama, selaras dengan dasar pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sementara itu, projek CAR melibatkan usaha menaik taraf sistem pemancar daripada voltan 33Kv kepada 275Kv, dilakukan kerana talian pemancar sedia ada tidak mampu menampung kadar penggunaan elektrik yang semakin tinggi di Lembah Klang. Projek yang akan bermula dari Bukit Tarek, Rawang dan berakhir di Kampung Chubadak, Sentul Kuala Lumpur dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan bekalan elektrik di Lembah Klang.

Cetak Emel