jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Sultan Selangor Mahu Temui Wakil DAP dan Pas Sebelum Kerajaan Baru Dibentuk

Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkata Sultan Sharafuddin telah bertitah bahawa baginda akan memanggil mengadap wakil parti-parti lain yang berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Dato’ Mohamad Munir berkata demikian selepas Sultan Sharafuddin menerima mengadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, yang menyembah maklum kepada baginda keputusan pilihan raya di Selangor dan penubuhan kerajaan baru.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata Sultan Selangor ingin bertemu dengan wakil parti DAP pada pukul 2.30 petang esok, diikuti Pas sejam selepas itu.

“Tuanku sendiri ingin berjumpa dengan wakil dari DAP dan juga parti Pas, supaya tuanku ingin melihat gabungan yang mantap untuk menerajui Selangor,” katanya yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau, hasil daripada perjumpaan yang akan diadakan itu, baginda akan membuat keputusan yang juga dinasihatkan oleh Penasihat Diraja dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membolehkan upacara pelantikan Menteri Besar yang baru diadakan. – NOOR ALLIA KASSIM

Sumber: SUARA SELANGOR MAJU

Cetak Emel

  • Laman Utama
  • Berita
  • Sultan Selangor Mahu Temui Wakil DAP dan Pas Sebelum Kerajaan Baru Dibentuk