jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Wakil DAP dan Pas Mengadap Sultan Sharafuddin

Teresa yang ditemui pemberita di luar istana selepas mengadap kira-kira 40 minit memberitahu Sultan Selangor mahu kerajaan yang stabil dapat dibentuk dan sama ada parti itu boleh bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Ketika ditanya sama ada DAP boleh bekerjasama dengan Pas, beliau berkata “Bila nak membentuk kerajaan kita mesti bekerjasama”.

Menyentuh mengenai jawatan Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan bakal dipilih, Teresa berkata ia akan diumumkan kemudian.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dilihat tiba kira-kira pukul 5.30 petang.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato’ Mustafa Ali juga dilihat memasuki perkarangan istana 20 minit kemudian.

Bagaimanapun, wakil media yang menunggu di luar istana tidak dapat menemui Dato’ Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau. – NOOR ALLIA KASSIM

Sumber : SUARA SELANGOR MAJU

Cetak Emel