jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

RM6j ATASI BANJIR di SHAH ALAM

Beliau berkata, peruntukan daripada kerajaan Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu akan membabitkan kerja menyediakan saluran dan menaik taraf sistem saliran air di beberapa longkang supaya ia boleh mengalir terus ke sungai apabila hujan lebat luar biasa.

“Dalam kejadian Khamis lalu, catatan hujan lebat yang turun ialah 101 mililiter sejam iaitu melebihi 60 mililiter, satu keadaan yang boleh menyebabkan banjir kilat,” katanya selepas merasmikan klinik kesihatan di Kompleks Warga Emas Seksyen 24 di sini, semalam.

Mazalan berkata, kerja membina saluran dan menaik taraf sistem saliran itu akan dijalankan dalam masa terdekat bagi memastikan kejadian sama tidak berulang memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

Beliau berkata, satu pam air juga akan dipasang di Seksyen 4 untuk menyalurkan air terus ke sungai berhampiran apabila berlaku hujan lebat memandangkan kawasan itu rendah daripada paras saluran air.

Mazalan berkata, ketika kejadian banjir itu, parit dan longkang di sekitar Shah Alam berada dalam keadaan baik tetapi tidak mampu menampung kapasiti air hujan yang terlalu banyak.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang turut menghadiri majlis itu berkata kejadian banjir di Shah Alam Khamis lalu, di luar jangkaan. — Bernama

Cetak Emel